Blogger Backgrounds

Jumaat, 10 Februari 2012

Baby Demokku Sayanggg !!!!!!

Hujung tahun 2011 lahirnya seekor kucing yang sangat chumil didunia yang fana ini . bila ia lahir sekecil tapak tangan je . mata belum buka lagi . dan jugak belum kenal tuan-tuannya lagi . tapi bila tengok je baby kucing yang sangat comel . satu family suka akan kehadiran baby kucing yang comel ini . keluarga pun beri nama BABY @ DOMOK , namanya kena betol dengan baby kucing yang kiut miut tu . nanti nieda akan upload gambar-gambar baby yang bermacam-macam style . mesti korang geram bila tengok nanti . hehe .


Ini ada serba sedikit gambar-gambar baby demok . 




















Saksikanlah style-style baby demok tido dengan sedap , dah dibuai mimpi sampai manelah agaknya tu .



Sayang baby demok !! ♥♥♥




Biar Mimpi SampI Ke Bintang . Lakonan Randy Pangalila & Elfira Loy .

Sinopsis :-
Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.

Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.
Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.

    Alyah & Andy Rasputra (Biar Mimpi Sampai Ke Bintang)


Randy Pangalila & Elfira Loy 


Randy Dionisius Pangalila @ Randy Pangalila 


 Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri @ Elfira

Love them so much !